Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi
Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan
tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.
Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni
membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka
baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai
ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata;
Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup
baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air
besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah
mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke
tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana
pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta
katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah
disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan
fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T
menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah
dirimu berserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia
dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak
ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba
ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu
berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai
mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan
membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak di apakan
kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan
harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan
kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang
yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai
dia?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu
pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk..
Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur
meninggalkan solat Isyak. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan
mengerjakan solat Isyak itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi.
Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku
berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu,
bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahkan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar