Nabi Musa AS suatu
hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat
seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah
seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya.
Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai
Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan
perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?.
Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan
permintaan orang itu.
Nabi Musa AS kemudian
bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di
mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai
Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar
Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan
kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli
ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa
AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga
mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang
lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang
belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.
Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada
Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke
dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar
setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini
sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak
akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS
menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang
disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa
(AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di
Syurgaku yang paling tinggi".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar